Alahai Nampak Sweet Betul Datuk Ramli MS Bila Dia Mengusik dan Menyakat Isteri Waktu Buat Live Video

Bila sebut sahaja nama Datuk Ramli MS, memang ramai orang kenal akan personalitinya yang di lihat nampak macam garang dan tegas.

Datuk Ramli MS atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram memang di lihat agak tegas bila berkata-kata.

Lihat sahaja ketika dia menjadi juri dalam program TV Gegarvaganza di Astro. Setiap komen yang di beri nampak sangat tajam namun memberi impak pada peserta. Nabil dengan Jihan sendiri sudah beberapa kali kena smash padu oleh Tok Ram jika ada yang tidak kena.

Sikap Tok Ram ada waktunya misteri. Dia tidak terlalu mesra dan tidak terlalu banyak bercakap dan bercerita.

Hal peribadi dia dan isteri juga tidak suka di hebohkan pada orang ramai dan media .

Namun dia dan isteri Datin Alyah di katakan sangat bahagia.

Rakaman video Tok Ram menyakat dan mengusik isterinya yang sedang buat live video menarik perhatian ramai orang. Tidak sangka pula Tok Ram yang nampak garang agak sweet kerana suka mengusik sang isterinya yang di katakan cuba berniaga melalui Instagram.

Rantai yang isteri jual di katakan rantai basikal. Haha.Marah betul isterinya sebab kena usik macam itu.

Sumber kisahdunia.com