Alif Satar Dituduh Riak Usung Jenazah Di Mekah, Respon Balas Alif Memang Padu!

 

 

Selepas Fattah Amin dan Fazura menunaikan umrah, kini giliran pelakon serta penyanyi terkenal Alif Satar berpeluang menjejak kaki ke Mekah.

Ketika MH menjengah di laman Instagram Alif , terlihat satu video yang cukup menarik perhatian ramai.

Video tersebut memperlihatkan Alif sedang membantu mengusung jenazah di Mekah. Wah bertuah sungguh Alif dapat merasai pengalaman tersebut kan?

Bahkan video yang dimuat naik lima hari yang lalu itu telah ditonton sebanyak 1.3 juta kali oleh pengikutnya laman sosial Instagram!

“Sekadar berkongsi. Memang susah Alif nak dapat peluang ni. Mengejar pahala sebesar gunung Uhud. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.” Tulis Alif di laman tersebut.

Perkongsian tersebut dibanjiri ribuan komen yang memuji usaha Alif yang tidak melepaskan peluang untuk membantu.

Malah, ada juga yang berkata penyanyi itu sangat bertuah kerana tidak semua jemaah berpeluang untuk berbuat demikian.

Bagaimana, perkongsian itu turut mengundang kurang senang daripada beberapa pihak yang berkata seolah-olah Alif berniat untuk menunjuk.

Dalam masa sama, Alif turut membalas komen tersebut dengan mengatakan itu hanyalah kongsian kepada ‘keluarganya’.

Alif juga berpesan kepada individu terbabit agar berfikiran positif.

Kami pasti Alif ikhlas berkongsi video tersebut untuk memberi manfaat kepada orang ramai kerana semua tahu Mekah merupakan destinasi impian pada setiap orang Muslim dalam dunia.

Sumber – mediahiburan