Dedah Wajah Anak, Hafizul Kamal Pilih Nama Raisya Amanda

Pelakon Hafizul Kamal mendedahkan wajah cahaya mata sulungnya, Raisya Amanda selepas 40 hari bayi comel itu dilahirkan.

Hafizul berkongsi foto anaknya itu menerusi entri terbaru di Instagram (IG) semalam.

Foto berkenaan juga turut diserta dengan kapsyen:

“Assalamualaikum… Saya Raisya Amanda… Umur saya hari ini 40 hari tapi dalam gambar ini dua hari,” tulisnya ringkas.
Selain nama anaknya, pengikut IG juga turut terpikat dengan wajah comel Raisya.

Menerusi ruangan komen foto tersebut juga, rata-ratanya mendoakan Raisya membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah.

“Assalamualaikum Raisya… comel nya. Semoga menjadi anak yang solehah, sebaya anak auntie,” – hidayah_hambali

“Alolo geram tengok muka baby Raisya. Pipi pao tu. Semoga menjadi anak yang Solehah dan menyenangkan hati orang tuanya nanti yea @hafizulkamal @mieja_ibrahim ..Amin Ya Rabbal Alamin,” – i_am_nadd_zirah

Foto: IG @hafizulkamal

Teks oleh: Mya Amri/gempak