Status Instagram Story Madu Izreen Azminda Timbulkan Spekulasi Netizen

Setakat ini, setelah membuat pendedahan bahawa suaminya, Ude Wahid, 29, telah mengahwini pelakon Izreen Azminda Mohd Aznam, 32, Intan Liana Azman yang juga berusia 32 tahun tidak mengeluarkan sebarang komen lanjut mengenai kisah rumahtangganya.

Terdapat juga beberapa cerita kurang enak yang sedang beredar mengenai perkahwinan mereka bertiga, namun kesahihan cerita-cerita itu tidak dapat dipastikan kerana masing-masing mengambil pendekatan mengunci mulut.

Terbaru, Intan Liana telah memuat  naik satu Instagram Story menunjukkan dia sedang bersedih namun terpaksa memendamkan saja kesedihannya.

Screenshot_2017-12-10_172957

Tidak dapat dipastikan luahan Intan ini merujuk kepada apa, namun netizen berspekulasi bahawa ia merujuk kepada keadaan Intan setelah mengetahui suaminya telah mengahwini Izreen 8 Ogos lepas, dan dia hanya mengetahuinya pada 8 November lepas iaitu tiga bulan setelah mereka berkahwin.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Tambah menimbulkan spekulasi, apabila Ude telah memuat naik status di Instagramnya seolah-olah membidas seseorang dengan menulis beberapa hashtag yang panjang selepas itu.

Screenshot_2017-12-10_171419

Intan juga menulis beberapa story meluahkan kerinduan terhadap anaknya. Tetapi selagi tiada kenyataan rasmi, maka spekulasi hanya tinggal spekulasi.

Diharapkan mereka bertiga akan berdamai dan menjalani hidup berpoligami dengan rukun dan aman. Ada banyak contoh di sekitar kita mengenai amalan poligami yang tampak aman dan adil misalnya Ashraf Muslim dan dua isterinya.

Sumber – beautifulnara.com