(Video) “Dia Tanya Pasal Bola Mana Kita Tahu” – Reaksi Spontan Uqasha Buat Netizen Terhibur!

Pelakon Uqasha berdepan detik melucukan di hadapan kamera apabila ditanya oleh seorang wartawan penyiaran tentang ramalan pemenang Liga Super 2018.

Ketika ditanya, Uqasha spontan tertawa dan memalingkan muka ke arah lain sambil aksi tersebut dirakamkan oleh pembantu peribadinya.

Shot itu kemudiannya dirakamkan semula dan Uqasha memilih pasukan negeri kelahirannya, Kelantan sebagai bakal juara Liga Super tahun ini.

“Dia tanya kita pasal bola mana kita tahu. Bak kata Kak Ayu (Ayu Raudhah), tanya pasal filem bolehlah,” tulisnya pada kapsyen rakaman video terbabit.

Reaksi Uqasha yang tersipu-sipu malu itu disifatkan comel oleh segelintir netizen namun ada yang menasihatinya agar membuat persiapan sebelum datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.

“Nak pergi stadium kena bersiap-sedia. Pengetahuan pasal bola kena tahu,” tulis @adda_sephia.

“Jadi artis tak semestinya kena tahu dalam bidang filem sahaja. Perkara lain pun kena tahu,” tambah @nurmilhawaputri.

Uqasha hadir bersama beberapa rakan baiknya ke Stadium KLFA dengan menyarung jersi merah pasukan Kuala Lumpur FA.

Perlawanan Liga Super 2018 malam tadi menyaksikan Kuala Lumpur FA menumpaskan Johor Darul Ta’zim 1-0 di Stadium KLFA.

😍

A post shared by UQASHASENROSE (@uqashasenrose2) on

That ‘grow together’ type of friendship ❤️ @qairooline

A post shared by UQASHASENROSE (@uqashasenrose2) on

 

Good game KLFA 👍

A post shared by UQASHASENROSE (@uqashasenrose2) on

 

Komen netizen

dausdanicahni semua poyo

iamwiindaacomel nya akak😘😘😘 @uqashasenrose2assalamualaikum selamat pagi akak😘😘

aairaasopianComel qasha tktau nk jwb ape bla wartawan tye sal bobolala

yuharaa_araHahaha..uqasha spontan jer jawab
artmacheda@uqashasenrose2 so cute

wanaqilraziqBola x thu jeng,, bola itu bulat, hahahaha
mohdamirulfahmiismailHihi..tak apa2..dimaafkan la..

mnurzairyHahahaha just enjoy for the question @uqashasenrose2 walaupun tak tau buat2 jelaaa tau.. Chill 👌🏻

erry_putra💋💋💋💋💋💋

lebaikulup_Sepak bola pun tak tau

putera_azroy14Cantiknya. 😋😋

joerocchi@am_mars11 @atai86 🤣🤣

hidheirmolakkuat betol dato @carlos23iman like kalo mek sha ni.😝😝

badstuffmycute and colourful cap here🙆💕
badstuffmycute and colourful cap here🙆💕

nasnana_lawanya pengacara …
firdaus.yasinWartawan tu comel jugopp

adda_sephiank g stadium kne prepaired…knowlege psl bola kne tahu

_nhenRalik tgk wartawan tu. Comeyy sgt.. Uqasha pn cantikkk

Teks oleh: Amri Hassan/gempak