(Video) Kelakar Habis! Mas Idayu Tak Tahan Gelak Bila One Forteen Buat Parodi Live “Ada Nampak Mummy Happy?”

Sebelum ini, ramai yang mengkritik dan menyelar tindakan Mas Idayu semasa memberi komen tentang persembahan Baby Shima dalam rancangan D’Academy Asia 3 pada minggu lalu.

Namun, komen pedas tersebut tiba-tiba menjadi ‘trending’ di kalangan netizen sehingga ianya menjadi ‘punchline’ yang berbaur sarkastik.

“ADA nampak mummy happy? Mummy tak nak Shima senyum!”

Kredit: Astro Awani
Rata-rata netizen menjadikan kritikan pedas itu sebagai satu bahan lawak:

“Sejuk sejuk macamni dengan kenyang rasa nak tidur pastu banyak kerja, Ada nampak mummy happy?!?!?!”

“Nak masak tapi malas potong2. Dlm food channel diorang potong2 cepat je. Happy je. Kalau aku? Ada nampak mummy senyum? Mummy tak nak shima senyum. Dh la. Order foodpanda je la.”

Komen pedas tersebut diberikan oleh Mas Idayu kepada Baby Shima selepas wakil Malaysia itu menyampaikan lagu Wulan Merindu pada konsert mingguan, 12 November yang lepas.

D’Academy Asia adalah program realiti nyanyian di negara jiran, Indonesia yang pesertanya datang dari negara Indonesia. Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan Timur Leste dan mendapat ‘rating’ yang tinggi di negara itu.

Masih panas lagi dengan video viral Mas Idayu ‘ada nampak mummy happy?” apabila One Forteen membuat parodi live depan Mas Idayu di D’Academy Asia 3.

One Forteen yang terpilih untuk mewakili Malaysia ke Jakarta di D’Academy Asia 3 itu nampak bersahaja membuat gaya Mas Idayu yang viral itu. Haha memang lawak menjadi pulak tu!

Semua penonton dan juri D’Academy Asia 3 tak tahan dengan parodi itu gelak sampai tak ingat. Hahaha dengan min tergelak sekali.

Mas Idayu pun tak boleh nak tahan gelak bila orang buat gaya dia. Mungkin malu jugak lah agaknya tapi takpe kita enjoy the moment sahaja ye?

Populariti dan kedatangan One Forteen di Indonesia nampaknya disambut baik oleh warganya. Ramai juga peminatnya di Indonesia dengan raut wajah yang hensem siapa tak minat kan?

Semoga One Forteen berjaya hingga ke final di D’Academy Asia 3!

Sumber: Mohd Firdaus Johan (FB) via kopitular.online