(Video) Senarai Finalis Dan Markah Penuh Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 4!

Konsert separuh GegarVaganza 4 (GV4) yang bertemakan ‘Goyang Kaki Goyang Tangan & Runut Bunyi’ menyaksikan hanya enam bintang berjaya ke minggu akhir, Ahad depan.

Minggu ini Hazami telah menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 70.55%.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi Syura apabila diumumkan sebagai bintang keenam yang tersingkir dengan jumlah markah sebanyak 58.10%.

Lima bintang lain yang berjaya memasuki peringkat akhir adalah Aishah, Tia Jinbara, Lan, Firman Siagian dan Liza Hanim.

Kesemua bintang diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Wah Idris dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

Bagaimanapun, pasti ramai yang ingin tahu kedudukan penuh konsert separuh akhir GV4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, sebentar tadi (malam Ahad).

Di bawah merupakan markah yang berjaya diperolehi oleh tujuh bintang mengikut susunan markah paling tinggi:

1. Hazami: 70.55%

2. Aishah: 69.95%

3. Firman: 69.50%

 

4. Tia Jinbara: 69.35%

5. Liza Hanim: 68.85%

6. Lan: 66.40%

7. Syura: 58.10%

Sementara itu, Aishah yang mempersembahkan lagu ‘Keranamu Kekasih’ dan ‘River Deep Mountain High’ dipilih sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingat.

Konsert akhir GV4 bakal bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor pada Ahad depan (17 Disember 2017), jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Sumber- gempak