(Video) Subahanallah!! Hebat Betul Hati Anak Syurga Azal Ni, Ini Yang Dia Sampaikan Pada Zul Ariffin Setelah Tahu Ibu Beliau Meninggal Dunia

 

 

Azal dan Azil memang di kenali ramai sebagai anak autism. Anak kepada Zarina Zainudin ini di katakan tidak mampu untuk melakukan banyak kerja seperti anak normal yang lain.

Azal mungkin boleh bercakap dan mampu mendengar arahan namun Azil tidak mampu untuk berkata dan bersuara dan banyak meluahkan emosi dengan cara mengamuk di hadapan orang tuanya.

Mungkin ada yang tidak faham, anak autism dari segi fizikal nampak seperti tiada masalah dan sama seperti anak yang lain. Namun dari segi pemikiran dan perilaku mereka memang tidak sama.

Mungkin sebab itu berlaku salah faham sebelum ini Zul Arifin pernah menengking dan menghalau Azal keluar dan berkata dia tidak mahu lagi melihat muka Azal.

Mungkin bagi mana-mana lelaki yang usianya seperti Azal akan berkecil hati, berdendam dan akan mengecam semula Zul Arifin namun tidak bagi Azal.

Malah apabila dia dapat tahu ibu Zul Arifin meninggal dunia,maka dia pun membuat satu ucapan buat Zul Arifin.Katanya dia tahu berita itu melalui laman sosial. Min rasa sangat kagum,walaupun anak syurga ini tidak sama dengan anak orang lain yang normal,tetapi hati mereka sangat bersih sebenarnya.